Doodle muslimah pertama kali



Annyeonghaseyo to all. Rasanya sempat lagi kalau nak ucap ni. Hehe. Selamat hari raya korban untuk semua umat Islam.

Setelah bekerja keras selama dua hari, akhirnya siap jugak Tirah punya doodle. This is first time I doodling. Tapi sebenarnya dah lama minat dengan doodle ni. Sejak form 1 lagi masa mula mengenali Tumblr. Cuma masa tu tahu reblog or download kat pakcik Google jerk. Wa tak pandai bikin sendiri maa.

Doodle yang Tirah lukis ni ialah watak Tirah kat sekolah sebagai pengawas sekolah. Yup, Tirah punya uniform pengawas memang cenggini. Hitam. Maroon. Hitam. Part yang agak susah sikit nak buat adalah mata. Tapi yang bestnya dapat lukis logo sekolah. Sangat membanggakan. Acehhcehhh~
Tengok le hasilnya. Walaupun tak seberapa tapi kira boleh laa kan? kan? Semua bermula dengan A lepas tuu B, lepas tuu baru C. Mana ada mula dengan M. Falsafah dari mana pulak ni? Entahlah. Hentam saja.
Cer bagi komen sikit. Satu komen pun takpe. Nak bagi 2,3 or 10 komen pun bereh. Hahaha


Kata-kata motivasi hilangkan semangat?


Hello all. Sedar tak sedar, sekarang dah bulan oktober. Cepat sungguh masa berlalu, bhaiii.. Exam akhir tahun pun dah dekat. Preparetion. Ehh, typo. Preparation. Haa tuu dia. Preparation entah ke mana. Tak buat apa apa persediaan pun lagi. Bahaya ni, bahaya. 

Tirah rasa hilang semangat laa sekarang ni. Semangat yang sekarang, bukan semangat yang sekarang :'( 
Serius Tirah cakap, Tirah rasa camtu. Memang gituu pun. So, sekarang ni tengah cari balik semangat yang hilang tuu. Pergi mana laa semangat tu?? Kesian diri ini. Dah laa, aku mangsa SPM tahun depan. Hee

Jadi, untuk cari semangat tuu balik, Tirah cari kata-kata motivasi yang boleh naikkan semangat tu balik.Contohnya:

~ Masa depan dibeli oleh masa sekarang.
~ Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentu kejayaan. Kejayaan pula akan menentu kebahagiaan. 
Bagi Tirah kata-kata motivasi itu sudah cukup untuk dapatkan balik semangat yang hilang tuu. Apa kata korang? Ada kata-kata motivasi yang lain tak?

P/s: GTG. Dah masuk waktu Subuh. Maaf laa kalau ada kekurangan pada diri ini. Assalamualaikum.. :)

Tips minta maaf


Aku, dia dan mereka pernah buat salah. Hakikatya, kita pernah buat salah kan? kan? So, bila dah buat kesalahan tuu pandai pandai laa minta maaf. Tapi, masalahnya Tirah tak pandai nak minta maaf. Setakat cakap "I'm sorry" or "saya minta maaf " pandai laa. Korang ingat dengan cakap gituu diorang akan maafkan kita ke? Memang tak lah. Kalau ada pun 2% jea akan maafkan kita. Stastistik dari mana pun Tirah tak tahu lah. 

Bagi Tirah, nak minta maaf pun ada caranya jugak. Takut niat ikhlas kita nak minta maaf disalahertikan pulak nanti. 

1. Jujur. Mengaku yang anda buat salah. Jangan sorok kesalahan itu. Nanti akan terbongkar gak. Dan jangan nak salahkan orang lain pulak. Ingat!!

2. Berani mengakui kesalahan. Bukan setakat cakap, "semua ini salah saya" atau "memang salah saya" dan seangkatan dengannya. Maksudnya, anda mesti berani mengaku bersalah dengan cara face-to-face dengan orang yang anda buat salah tuu.

3. Menampakkan penyesalan. Katakan yang anda menyesal menyakiti hatinya. Buat sesuatu, buat perubahan ke arah kebaikan pada tindakan anda.

4. Jangan ulangi kesalahan yang sama. Jangan sesekali buat kesalahan yang sama, buruk padahnya. Sebab kepercayaan orang terhadap kita akan hilang. Masa tu, nak menyesal dah takde guna. Orang dah tak percayakan kita lagi.

5. Sedia untuk terima kritikan. Hati mesti tabah untuk terima kritikan atau pendapat yang diberi. Cara ni dapat hilangkan salahfaham.

Konklusnya, kita seharusnya.... Ceh, ala ala ayat karangan pulak. Wakakaka. Cuba fkir positif. Fikir positif, okayy. Hurm, off dulu. Jumpa lagi.

P/S: Rasa tak sedap hati je sekarang ni. Orang bersalah memang macam tu. Tirah kena minta maaf dengan someone esok. Semoga kemaafan ku, bukanlah kemaafan yang tertunda. Harap Tirah tak terlewat untuk minta maaf. Honestly, Tirah dah lama maafkan dia sebenarnya. Cuba diri ini takut takut berani je nak face-to-face. Alahaiii....

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Duo Giveaway By AmiLia



-Tekan Banner-

Saya Join Giveaway Ini
Giveaway Ini Anjuran 2 Budak UPSR Amirah & Lia Dan Disponsor Oleh Lilly Lolly , Sofyy Lavender , Adam Faiz , Mama , Koleksi Cinta Raff , Aimi Wardina , Tasha Aqisha , Fans Of Blogger , Izzah Aliya , DK Blog & Falova Outlet



Running Man & Me





Dengan lafas Basmallah,
saya menyertai Giveaway pertama Aefa.

Syarat-syarat Penyertaan

Bermastautin di Malaysia

Buat satu ENTRY bertajuk "Running Man & Me

Letak banner GA dalam entry dan link kan ke blog ini

Like FB Pages Aefa

Letakkan URL entry diruangan yang disediakan

# DONE #

 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi